ARKIB

Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara

Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) terpilih sebagai pempamer “Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara” dalam bidang Teknologi AR/VR Putrajaya, 23 Oktober 2023 – Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan “Hari Terbuka Pengajian Tinggi” di Putrajaya dimana Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama rakan industri, Asia Digital Engineering (ADE) telah dipelawa untuk mempamerkan hasil produk AR/VR. Antara pameran yang terlibat adalah hasil penyelidikan aplikasi teknologi Augmented Reality (AR) dalam pendidikan STEM yang bertajuk Modul Kemahiran STEM: AR-SiGaSTEM yang diketuai oleh Dr. Laili Farhana Md Ibharim dari FKMT serta aplikasi AR bagi pembelajaran praktikal dalam bidang penerbangan oleh rakan industri…
Read more

Web Tools 2.0 (Canva & Figma) Training

Web Tools 2.0 (Canva & Figma) Training This is a joint community services collaboration between Faculty of Information Technology, Universitas Mercu Buana Yogyakarta (UMBY), Indonesia and Faculty of Computing and Meta-Technology, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia. Date: 21st October 2023 (Saturday) Time: 9:00am – 4:00pm Location: Online (Zoom) Speaker from META UPSI:Dr. Norshahila Ibrahim Speaker from FIT UMBY:Niki Min Hidayati Committee from UPSI:Dr. Norshahila IbrahimDr. Erni Marlina Saari

Bengkel Robotik

Bengkel Robotik Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) dengan kerjasama World of Robotics Sdn Bhd telah menganjurkan bengkel robotik untuk guru-guru reka bentuk dan teknologi (RBT) sekolah menengah pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Makmal Robotik, Bangunan Ilmu Bersepadu, UPSI. Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih daripada 40 orang guru RBT sekolah menengah yang kebanyakkannya dari Daerah Muallim dan Hulu Selangor. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan teknologi robotik untuk tujuan pendidikan terutamanya pendidikan STEM di mana peserta didedahkan dengan asas pemasangan dan pengaturcaraan robotik secara praktikal.

eawards2023

PELANJUTAN TEMPOH BAGI PENGURUSAN PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-25 TAHUN 2023 Permohonan oleh pelajar melalui Sistem E-Awards : 14 Julai 2023 – 3 September 2023. Url : https://oais.upsi.edu.my/eawards (pelajar berstatus “TM” (pelajar yang Tamat, Layak Konvo mulai 13 Disember 2022 sehingga September 2023) Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline: 013-4463016. Sekian, terima kasih.

SEKITAR BENGKEL ASAS ROBOTIK

BENGKEL ASAS ROBOTIK Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) dan World of Robotics Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan Bengkel Asas Robotik untuk Guru Prasekolah dan Tadika pada 5/8/2023. Bengkel telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Suriani Binti Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor UPSI. Bengkel telah dihadiri oleh hampir 80 orang peserta dari negeri Perak dan juga Selangor.