Author Archive: admin

BICARA BERSAMA TN. HJ. BURHANUDDIN MD RADZI

PROGRAM BICARA BERSAMA TN. HJ. BURHANUDDIN MD RADZI Inspirasi Industri: Digitalisasi dan Masa Depan Assalamualaikum dan salam sejahtera Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Program Bicara bersama Tn. Haji Burhanuddin Md Radzi: Inspirasi Industri: Digitalisasi dan Masa Depan . Maklumat majlis adalah seperti berikut: Tarikh: 13 Ogos 2025Masa: 9.30 pagiTempat: Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan IdrisEtika Berpakaian : Baju Korporat /Pakaian Pejabat Sehubungan itu, pihak fakulti amat berbesar hati menjemput semua warga Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk hadir ke program tersebut. Pihak fakulti percaya bahawa kehadiran YBhg. Dato’ /Prof/Prof.Madya Dr/Dr/Tuan/Puan akan…
Read more

ALAN KE OLANDO

SELAMAT MAJU JAYA Assalamuaikum dan salam sejahtera Kami dari warga META ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada: Alan Tan Khee ShengSemester 4AC10- Kejuruteraan Perisian Beliau akan mewakili negara dalam pertandingan Certiport’s Microsoft Office Specialist (MOS) World Championship 2025 di: Orlando, Florida, USA 24-31 Julai 2025 Marilah kita doakan bersama-sama agar Saudara Alan berjaya untuk mengharumkan nama FKMT, UPSI, dan Malaysia di persada dunia!

Kolokium Terbilang

KOLOKIUM PROGRAM KHAS DOKTOR FALSAFAH SECARA MODEL RAKAN STRATEGIK FKMT, UPSI DAN TERBILANG ACADEMY SEMESTER 2 SESI 2024/2025 Tarikh: 12 Julai 2025 (Sabtu)Masa: 8.30 pagi – 5.00 petangTempat: Blok 9, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI Klik pautan di bawah untuk senarai pembentang:https://tinyurl.com/yvdykz7x

BENGKEL PIE-WISE

JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL PARTNERSHIP IN EQUALITY (PIE) – WOMEN IN SUSTAINABILITY AND SAFE AI (WISE) EDUCATIONAL ROBOTICS & ALDAGOGY Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL PARTNERSHIP IN EQUALITY (PIE) – WOMEN IN SUSTAINABILITY AND SAFE AI (WISE) EDUCATIONAL ROBOTICS & ALDAGOGY Dengan segala hormatnya merujuk mengenai perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), menerusi inisiatif program dual akan menganjurkan bengkel yang bertajuk “Partnership In Equality (PIE) – Women In Sustainability And Safe AI (WiSE) Educational Robotics & Aldagogy” seperti butiran berikut: Tarikh : 19 Jun 2025 (Khamis) Masa : 9:00 pagi – 12:00 tengahari Tempat…
Read more

CARDIFF

UCAPAN SELAMAT DATANG KEPADA DELEGASI CARDIFF METROPOLITAN UNIVERSITY, UNITED KINGDOM Selamat datang diucapkan kepada delegasi Cardiff Metropolitan University, United Kingdom ke Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), UPSI yang melibatkan 4 orang staf akademik dan 8 orang pelajar pada : Tarikh : 17 Jun 20225 sehingga 19 Jun 2025, dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berikut : • Perbincangan Program Dual PhD FKMT, UPSI dan CMET• Geran Antarabangsa PIE Programme for WiSE• Inisiatif Mobiliti Pelajar UPSI-CMET Diharapkan lawatan delegasi ini dapat mengukuhkan hubungan dua hala UPSI-CMETdisamping membuka lebih banyak peluang pengantarabangsaan UPSI di masa hadapan.

PRE REGISTRATION COURSE DIPLOMA

PERINGATAN MESRA : MAKLUMAN MINGGU PRA-PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR DIPLOMA BAGI SEMESTER 1 SESI 2025/2026 (E251) Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa, Pra-Pendaftaran Kursus bagi Semester 1 Sesi 2025/2026 (E251) sedang berlangsung dan akan berakhir pada 15 JUN 2025 untuk pelajar-pelajar yang berada pada semester pengajian 1 Hingga 8. 3. Sehubungan dengan itu mohon pelajar mengambil tindakan segera kerana kegagalan membuat pra-pendaftaran kursus pada tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan pelajar didenda mengikut Kaedah Universiti Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik Pindaan 2025) Sekian, terima kasih.

Prof. Dr. Che Zalina Zulkifli Dilantik sebagai Penasihat Pakar

Prof. Dr. Che Zalina Zulkifli Dilantik sebagai Penasihat Pakar BUKHARA, UZBEKISTAN, 22 Mei 2025 – Prof. Dr. Che Zalina Zulkifli, Ketua Pusat Pendidikan Teknologi Hijau UPSI (EduGreen@UPSI), telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dilantik sebagai Penasihat Pakar di Bukhara State Technical University (BSTU), dengan pengesyoran rasmi daripada Agensi Pembangunan Inovatif, Kementerian Pengajian Tinggi Uzbekistan. Pelantikan ini dibuat selari dengan kepakaran dan sumbangan beliau bersama ahli penyelidik bersama EduGreen@UPSI dalam bidang Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Teknologi Hijau, termasuk inovasi mesin kompos pintar, pendidikan alam sekitar, penubuhan Pusat Pendidikan Hijau di kediaman pelajar dan pusat komuniti, seterusnya inovasi…
Read more