LATAR BELAKANG FAKULTI

Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi telah ditubuhkan pada 01 Februari 2023. Walau bagaimanapun, konsep penubuhannya bermula pada tahun 1998 dengan lahirnya Jabatan Teknologi Maklumat di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan seterusnya pada tahun 2002, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah ditubuhkan dan Prof. Dr. Mohamad bin Ibrahim dilantik sebagai Dekan FST yang pertama dan Dekan FTMK yang pertama. Penstrukturan semula fakulti-fakulti UPSI telah dilaksanakan pada 1 Jun 2010 untuk meningkatkan daya saing universiti sebagai peneraju inovasi dan kreativiti termasuklah tertubuhnya Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). Prof. Madya Dr. -Ing. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim dilantik sebagai Dekan FSKIK yang kedua berkhidmat sepanjang tahun 2014 hingga 2019. Terkini, penubuhan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT @ META) pada 2023 telah meletakkan sekali lagi Prof. Madya Dr. -Ing. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim sebagai Dekan FKMT yang pertama.
META terdiri daripada dua jabatan iaitu Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital (SKTD) dan Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi Pintar (KPTP) dengan seramai 63 orang tenaga pengajar keseluruhannya. Di awal penubuhannya, terdapat seorang profesor, empat belas orang profesor madya dan barisan pensyarah yang berdedikasi dalam bidang tujahan pendidikan dengan integrasi bidang utama seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian, Teknologi Multimedia, Teknologi Simulasi, Teknologi Permainan Digital, Kepintaran Buatan, Realiti Maya, IoT, Kejuruteraan Komputer dan Robotik.