BENGKEL ASAS ROBOTIK

Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) dan World of Robotics Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan Bengkel Asas Robotik untuk Guru Prasekolah dan Tadika pada 5/8/2023. Bengkel telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Suriani Binti Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor UPSI. Bengkel telah dihadiri oleh hampir 80 orang peserta dari negeri Perak dan juga Selangor.