Bengkel Systematic Literature Review

Unit 4P META telah mengadakan satu bengkel Systematic Literature Review (SLR) pada 29 November 2023.
Bengkel ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah META, beberapa orang pelajar PhD dan master META serta pensyarah-pensyarah daripada beberapa fakulti yang lain. Jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan Ts. Dr. Wan Azani Wan Mustafa atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Syabas dan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Suzani Mohamad Samuri (TDPI META), Dr. Noor Hidayah Che Lah (AJK Unit 4P META) dan Cik Nur Zuhairah Chamal Hamid (AJK Unit 4P META) kerana telah berjaya mengendalikan bengkel ini.