Bengkel Robotik

Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) dengan kerjasama World of Robotics Sdn Bhd telah menganjurkan bengkel robotik untuk guru-guru reka bentuk dan teknologi (RBT) sekolah menengah pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Makmal Robotik, Bangunan Ilmu Bersepadu, UPSI. Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih daripada 40 orang guru RBT sekolah menengah yang kebanyakkannya dari Daerah Muallim dan Hulu Selangor. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan teknologi robotik untuk tujuan pendidikan terutamanya pendidikan STEM di mana peserta didedahkan dengan asas pemasangan dan pengaturcaraan robotik secara praktikal.