Pendaftaran Semester Bagi Semester 1 Sesi 2023/2024 (A231)- Pelajar Program Sarjana Muda

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftaran Semester bagi Semester 1 Sesi 2023/2024 untuk pelajar semester 2 dan ke atas bagi program Sarjana Muda secara online melalui sistem UniSIS (Student) akan mula dibuka pada 16 Oktober 2023 hingga 25 Oktober 2023.
  1. Pelajar yang lewat membuat pendaftaran semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 26 Oktober 2023.
  1. Semua pelajar program Sarjana Muda adalah tertakluk kepada Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008. Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008, Perkara 6.1 berkaitan Gugur Status Sebagai Pelajar menyatakan bahawa:-

   “Status seseorang pelajar universiti akan gugur sekiranya tidak mendaftar semester dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan berkenaan.”

 5. Pelajar juga dikehendaki mencetak sendiri Jadual Kuliah untuk Semester 1 Sesi 2023/2024 sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran semester melalui UniSIS (Student). Bersama-sama ini disertakan takwim akademik bagi Semester 1 Sesi 2023/2024 (A231), carta alir proses pendaftaran semester dan notis hebahan untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
“PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN”