Program Mobiliity Inbound Antarabangsa bersama National University Yunlin Taiwan

Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META) dengan usahasama JKPTP dan EduGreen telah menerima kehadiran 5 orang pelajar ‘inbound’ pascasiswazah dari National Yunlin University of Science & Technologyn (NYUST), Taiwan bermula 3 Ogos 2023 sehingga 31 Ogos 2023. Program yang julung kalinya diadakan di UPSI ini berteraskan kepada perkongsian ilmu oleh pakar dari META dengan pelajar antarabangsa dalam bidang Internet Pelbagai Benda (IoT), Kepintaran Buatan, Teknologi Hijau dan Pendidikan Digital.
Selain itu, lantikan penyelidik EduGreen sebagai Perunding bagi menjayakan program ini berpotensi mewujudkan pelbagai bentuk kerjasama antara META dan NYUST pada masa akan datang.