DoKTOR FALSAFAH (SISTEM MAKLUMAT DAN PENGURUSAN)
Program doktoral dalam Sistem Maklumat dan Pengurusan menyediakan pelajar dengan pemahaman yang mendalam mengenai aspek-aspek teori, penyelidikan, teknikal dan organisasi sistem maklumat. Tujuan program pengajian adalah mendidik para pelajar sehingga mereka mampu melakukan penelitian ilmiah yang berkualiti dan independen dalam bidang sains dan pengurusan organisasi, sains komputer dan disiplin ilmu yang berkaitan. Di samping itu, program ini melengkapkan pelajar pasca siswazah untuk menangani isu-isu rumit dalam Sistem Maklumat dan Pengurusan dalam industri berkaitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Program ini bertujuan memberi tumpuan kepada penyediaan pelajar pascasiswazah dengan isu berkaitan dengan aplikasi, integrasi, latihan dan pentadbiran teknologi pengkomputeran yang memenuhi keperluan organisasi dan masyarakat. Ph.D. dalam Sistem Maklumat dan Pengurusan telah diwujudkan untuk melatih para sarjana untuk menjalankan penyelidikan inovatif yang merentasi disiplin untuk menangani cabaran yang signifikan dalam teori IT, strategi, pengurusan, dan reka bentuk yang berkaitan dengan pengaturan perniagaan dan dasar. Selepas tamat pengajian, graduan dari program ini akan dapat memiliki kepakaran yang akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang berbeza seperti bidang akademik di universiti, pekerjaan di bidang industri perniagaan dan juga jabatan kerajaan mahupun swasta.
Program ini boleh diselesaikan dalam:
Sepenuh Masa: 6 semester (minimum) – 10 semester (maksimum)
Separuh Masa: 8 semester (minimum) – 14 semester (maksimum)
**Pelajar dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya satu kursus metodologi penyelidikan (GRU70104) sepanjang pengajian dan memenuhi keperluan kursus audit. Pelajar mungkin juga dikehendaki menghadiri kursus lain yang dicadangkan oleh fakulti dan memenuhi keperluan kursus audit.
Reka bentuk Laman Web & Teknologi, Aplikasi Internet, Pengarangan Web, Informatik Web, Pengaturcaraan Web. Web dan informatik adalah disiplin yang juga berintegrasi dengan kawasan media kreatif lain seperti Reka Bentuk Iklan, Pengurusan Pengetahuan, Seni Media, dan sebagainya. Web adalah satu penemuan yang mengubah cara kandungan kreatif dicipta dan disampaikan. Reka bentuk laman web dan teknologi berasaskan Internet berkembang dari masa ke semasa dan dikawal selia oleh World Wide Web Consortium (W3C) untuk memenuhi permintaan teknologi dan platform penyampaian yang baru. Oleh itu, kawasan penyelidikan ini juga menarik minat para penyelidik untuk memperbaiki kandungan penyampaian yang kreatif dan mudah dilaksanakan kepada pengguna akhir.