DoKTOR FALSAFAH (pENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT)
Program Doktor Falsafah Pendidikan Teknologi Maklumat ini bermatlamat untuk meningkatkan mutu penyelidikan dan professionalisme dalam bidang Teknologi Pendidikan di kalangan pendidik, pentadbir dalam sektor pendidikan, pelatih guru, pereka bentuk instruksional dan ahli professional dalam bidang yang berkaitan. Program ini juga bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berkebolehan mengintegrasikan konsep-konsep dalam teori, pengetahuan, pengalaman dan amalan semasa agar dapat diaplikasikan selari dengan perkembangan teknologi pendidikan terkini, di samping menghasilkan graduan yang berkebolehan untuk berfikiran kritis dalam melaksanakan penyelidikan dalam bidang teknologi pendidikan.
Program ini boleh diselesaikan dalam:
Sepenuh Masa: 6 semester (minimum) – 10 semester (maksimum)
Separuh Masa: 8 semester (minimum) – 14 semester (maksimum)
**Pelajar dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya satu kursus metodologi penyelidikan (GRU70104) sepanjang pengajian dan memenuhi keperluan kursus audit. Pelajar mungkin juga dikehendaki menghadiri kursus lain yang dicadangkan oleh fakulti dan memenuhi keperluan kursus audit.
Pembelajaran Dalam Talian, Pembelajaran Mudah Alih dan Serba Wujud, Reka Bentuk Sistem Pengajaran, Pembelajaran Organisasi, Pembelajaran Berbantu Komputer. Satu bidang penyelidikan yang berkembang disebabkan kemajuan ICT, teknologi pembelajaran dan ekosistem pembelajaran yang dipermudahkan oleh Internet atau teknologi media baru. Media, kandungan, strategi pengajaran, pelajar, dan penceramah semakin “sophisticated” untuk meminta kualiti teori, kaedah, kandungan media, penghantaran, dan lain-lain bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran.