Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)

OVERVIEW

Program Diploma Sains Komputer direka untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran profesional dalam bidang Sains Komputer. Program ini menekankan pembentukan nilai, sikap, dan etika di samping mempersiapkan graduan untuk peluang pekerjaan dalam industri yang berkaitan dengan sains komputer. Selain itu, graduan juga akan berkeupayaan membangunkan perisian berkualiti tinggi bagi meningkatkan kemahiran dan amalan mereka.
Dalam tempoh tiga (3) tahun selepas tamat pengajian, graduan akan memiliki pemahaman yang mendalam tentang teknologi terkini serta bagaimana teknologi ini boleh digunakan dalam pengurusan projek perisian. Mereka juga mampu menyesuaikan diri dengan proses pendigitalan dan ekosistem keusahawanan, serta berupaya bekerja sebagai juruteknik dan menyampaikan idea serta maklumat secara berkesan dan beretika kepada semua pihak yang terlibat.

Pelajar akan mengikuti kursus yang merangkumi subjek teras dan pengkhususan seperti Kalkulus dan Algebra Pengkomputeran, Reka Bentuk Pangkalan Data, Matematik Diskret Pengkomputeran, Kebarangkalian dan Statistik, Asas Sistem Komputer, Sistem Pengoperasian Komputer, Teknik Penyelesaian Masalah, Asas Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Komunikasi Data, Kejuruteraan Prompt, Etika dalam Pengkomputeran, Pengkomputeran Perniagaan, E-dagang, Teknologi dan Inovasi Internet, Reka Bentuk Web Interaktif, Teknologi Rangkaian, Keselamatan Internet, Pengkomputeran Mudah Alih, Struktur Data dan Algoritma, Metodologi Pembangunan Sistem Web, Asas Pembangunan Web, dan Pembangunan Aplikasi Web.

Pada akhir semester, pelajar akan menjalani latihan industri bersama syarikat yang berkaitan, bagi membolehkan mereka memperoleh pendedahan dunia sebenar serta pengalaman praktikal dalam industri sains komputer.

Struktur Program

COURSE COMPONENTS

CREDIT HOURS

University Courses

16

Core Courses

34

Specialization

33

Final Year Project

4

Industrial Training

6

Duration

Career Prospects

Person In Charge

Person In Charge
Name: Ts. Dr. Salman Firdaus bin Hj. Sidek
Email: salmanfirdaus@meta.upsi.edu.my
Phone No: 05 – 4505009