CoMasPro’24 BERJAYA MERAMBAT HATI MURID DI IPOH

23 Januari, Ipoh – Pada 23 Januari 2024 yang lalu, seramai 30 orang mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama dari program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat, Ekonomi dan Bahasa Melayu bagi kursus Computer Architecture and Organization DTN3013, buat julung kalinya telah berjaya mengadakan program pemindahan pengetahuan SULAM CoMasPro’24 ByteMinds Initiative kepada warga SMK Wira Jaya, Ipoh dengan kerjasama Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pensyarah dan penasihat projek, Ts. Salman Firdaus bin Sidek menyatakan bahawa objektif utama bagi projek ini adalah untuk memenuhi CLO1 dan CLO3 di samping mengimplementasi kepada peserta mengenai kemahiran pemasangan komputer dan ilmu sistem nombor dan digital logik dan secara tidak langsung mempromosikan program yang ditawarkan di UPSI dalam kalangan 31 orang peserta yang terdiri dari murid tingkatan 3 di sekolah berkenaan.

Program SULAM CoMasPro’24 mengaplikasikan strategi pembelajaran berbentuk kooperatif iaitu gallery walk di mana peserta akan melakukan tiga aktiviti pembelajaran berasaskan permainan yang berbeza selama 30 minit secara serentak.

Siti Fatimah binti Hj. Kabri, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Wira Jaya, Ipoh menyatakan program ini berjaya mencapai matlamat sekolah untuk menganjurkan aktiviti pengisian selepas tamatnya peperiksaan akhir di sekolah selain mengharapkan program yang sama akan diadakan lagi pada masa hadapan dalam bentuk perkemahan selama 3 hari 2 malam.