Author Archive: admin

Tahniah dan syabas pelajar META

Syabas dan Tahniah Pelajar META Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tahniah dan syabas buat 3 orang pelajar ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dan 3 orang Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet) kerana telah berjaya mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi program #seKODlah-TecHive anjuran Forest Interactive Foundation & CIMB Bank. Berikut adalah perincian Program #seKODlah-TechHive: 📍TEMPAT: KLCC Skill Academy, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 📍TARIKH: 8 Januari hingga 6 Februari 2024. 📍LAMAN WEB: https://www.forestcares.org/sekodlah-techive/registration#overview SEMOGA MAJU JAYA KEPADA SEMUA PESERTA YANG TERLIBAT!!

PTM VIDEO KORPORAT

VIDEO KORPORAT PTM Memperkenalkan Video Korporat Majlis Pimpinan Persatuan Teknologi Maklumat sidang 23/24.Segulung ucapan tahniah serta syabas diucapkan ke atas pelantikan ini.Semoga dapat menggalas tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan. Berharap,semoga persatuan teknologi maklumat pada sesi ini dapat memberi manfaat kepada orang lain juga. #PersatuanTeknologiMaklumatUPSI#UpsiCemerlangBersama Instagram 🔗: https://www.instagram.com/reel/C1MnNxRPzeT/?igsh=MWsxMXk2NGVuNW93dw== Facebook 🔗: https://fb.watch/p6CNGmQW3-/?mibextid=7i0OJ8

Kolokium Pengajian Siswazah Semester 1 Sesi 2023/2024

Kolokium Pengajian Siswazah Semester 1 Sesi 2023/2024 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) akan mengadakan Kolokium Pengajian Siswazah Semester 1 Sesi 2023/2024 secara dalam talian (online). Mohon rujuk lampiran untuk sesi kolokium yang dijadualkan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Semua pelajar dan kakitangan FKMT dijemput hadir ke sesi pembentangan pelajar pada kolokium kali ini. Pautan sesi kolokium: https://shorturl.at/doMNX

Bengkel Systematic Literature Review

Bengkel Systematic Literature Review Unit 4P META telah mengadakan satu bengkel Systematic Literature Review (SLR) pada 29 November 2023.Bengkel ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah META, beberapa orang pelajar PhD dan master META serta pensyarah-pensyarah daripada beberapa fakulti yang lain. Jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan Ts. Dr. Wan Azani Wan Mustafa atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Syabas dan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Suzani Mohamad Samuri (TDPI META), Dr. Noor Hidayah Che Lah (AJK Unit 4P META) dan Cik Nur Zuhairah Chamal Hamid (AJK Unit 4P META) kerana telah berjaya mengendalikan bengkel ini.

bengkel TIPS & TRICKS FOR WINNING FRGS 2024

BENGKEL TIPS & TRICKS FOR WINNING FRGS 2024 BERSAMA IKON FRGS META Telah berlangsung bengkel TIPS & TRICKS FOR WINNING FRGS 2024 BERSAMA IKON FRGS META pada 27 November 2023. Program anjuran Unit 4P META ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah META. Semoga bengkel ini dapat mencetuskan idea-idea yang bernas untuk pensyarah-pensyarah memohon FRGS 2024. Terima kasih diucapkan kepada IKON FRGS META, Prof Madya Dr. Maizatul Hayati Binti Mohamad Yatim, atas tunjuk ajar yang diberikan. #Unit4PMETA#METAVengers#upsibest