Program SULAM CoMaSPro’24 : Let’s Master It! di Maahad Tahfiz Wattalaqqi, Kuala Kangsar.

Sesi fotografi bersama pengetua dan pelajar Maahad Tahfiz Wattalaqqi selepas tamat program SULAM CoMASPro’24 : Let’s Master It!

 

26 Januari, Kuala Kangsar – Pada 26 dan 27 Januari yang lalu , Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah melaksanakan Program SULAM CoMaSPro’24: Let’s Master It! di Maahad Tahfiz Wattalaqqi, Kuala Kangsar.

Program SULAM ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti untuk memberi pengalaman pembelajaran yang menghubungkait teori dan amalan. Oleh itu, SULAM CoMaSPro’24 : Let’s Master It! menjadi platform terbaik bagi mahasiswa dan mahasiswi untuk memindahkan ilmu pengetahuan berkaitan pemasangan dan instalasi komponen komputer dan pengenalan sistem nombor kepada pelajar Maahad Tahfiz Wattalaqqi.

Seramai 30 orang mahasiswa dan mahasiswi dari kursus Organisasi dan Senibina Komputer (DTN3013) telah menjayakan program ini bersama murid Maahad Tahfiz Wattalaqqi, Kuala Kangsar di bawah penasihatan pensyarah Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Ts. Salman Firdaus bin Sidek.

Antara aktiviti pembelajaran yang dijalankan termasuklah sesi ice-breaking, pengenalan sistem nombor, fungsi dan pemasangan komponen komputer kepada pelajar tahfiz melalui aktiviti sukaneka dan explorace.

Pengetua Maahad Tahfiz Wattalaqqi, Ustaz Khairul Faizin bin Khalid amat menghargai program yang dianjurkan oleh UPSI kerana ia merupakan kali pertama pihak dari luar menyantuni Maahad Tahfiz Wattalaqqi dengan menganjurkan aktiviti  bersifat akademik kepada pelajar tahfiz.

Program  SULAM CoMaSPro’24 :Let’s Master It! diharap memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam pelbagai aspek dan lapisan umur dalam menambah pengetahuan dan kemahiran mengenai teknologi komputer selaras dengan perkembangan masakini.

 

Sesi Ice-breaking bersama murid Maahad Tahfiz Wattalaqqi bagi merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa-mahasiswi.

 

Mahasiswa-mahasiswi memberi taklimat kepada murid Maahad Tahfiz Wattalaqqi sebelum memulakan aktiviti Explorace.
Mahasiswa-mahasiswi memperkenalkan asas sistem nombor kepada murid Maahad Tahfiz Wattalqqi.

 

Mahasiswa dan mahasiswi menerangkan cara pemasangan komponen-komponen komputer dan fungsinya kepada murid Maahad Tahfiz Wattalaqqi.

Murid Maahad Tahfiz Wattalqqi menyelesaikan soalan berkaitan komponen komputer di setiap checkpoint bagi aktiviti Explorace

.

Pensyarah Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Ts. Salman Firdaus Bin Sidek menyampaikan hadiah  kepada murid  Maahad Tahfiz Wattalaqqi dan diiringi oleh Pengarah Program SULAM CoMaSPro’24 : Let’s Master It!.