PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

 

  1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
  2. Memastikan Panduan Akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.
  3. Memastikan Pro Forma boleh dicapai dalam MyGURU pada minggu pertama pengkuliahan.
  4. Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar bermula minggu ke-13 pengkuliahan.
  5. Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang- kurangnya tiga (3) kali pada setiap semester.
  6. Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti/ program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  7. Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal/ bengkel/ stor/ studio sedia digunakan selewat-lewatnya sepuluh (10) minit sebelum kuliah bermula.
  8. Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.