Meet & Greet Lembaga Penasihat FKMT

Telah diadakan Program Meet & Greet Lembaga Penasihat FKMT Bersama YBhg. Dato’ Naib Canselor UPSI dan Mesyuarat Lembaga Penasihat FKMT Bil.1/2024 pada 19 Februari 2024. Jam 2.30 ptg Tempat – Anjung Tamu, Bangunan Canselori, KSAJS dan Bilik Seminar Zaba, Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahli-ahli yang telah hadir ke Mesyuarat Lembaga Penasihat Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi terdiri daripada Tuan Haji Mohamad Najib, Bendahari, Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai Pengerusi LPF dan keahlian profesional iaitu Dato’ Nonee Ashirin Dato’ Mohd Razi (Chairman of Global Turbine Asia), Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim (Chairman of Al-Hilmi Group), Datin Dr Norrizan Razali (Founder of Tech Capacity), En.Bazil Akmal Bidin (Outreach & Training Manager PlayStation Studios Malaysia).

Turut dilantik sebagai ahli merupakan alumni dari UPSI, iaitu Cik Umirah Walif dari Xplode Media Sdn.Bhd dan En.Saravanakumar Mathy Vanan dari AIA Malaysia.