Karnival 9th ie-RIICH 24

Perasmian Penutup Karnival 9th ie-RIICH 24 anjuran Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi (FKMT) telah dilangsungkan dengan penuh meriah pada 31 Januari 2024 di Dewan Sri Tanjung. Ia disempurnakan oleh Timbalan Dekan Meta Ts Dr Nazre disaksikan lebih 150 pensyarah, peserta dan juri yang hadir.
Majlis ini merupakan penutup kepada karnival 9th ie-RIICH 24 yang menyaksikan persembahan dan pameran produk projek tahun akhir (FYP) 300 peserta dari FKMT. 
 
11 anugerah telah disampaikan kepada pemenang yang kemuncaknya iaitu Anugerah Projek Terbaik kepada Nur Ayuni Shahira Sazali melalui produk Libgo : AR Wayfinder at Tuanku Bainun Library.
 
Syabas diucapkan kepada semua pemenang, peserta, pensyarah dan AJK yang menjayakan!!!