ARCHIVE

Kolokium Pengajian Siswazah Semester 1 Sesi 2023/2024

Kolokium Pengajian Siswazah Semester 1 Sesi 2023/2024 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) akan mengadakan Kolokium Pengajian Siswazah Semester 1 Sesi 2023/2024 secara dalam talian (online). Mohon rujuk lampiran untuk sesi kolokium yang dijadualkan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Semua pelajar dan kakitangan FKMT dijemput hadir ke sesi pembentangan pelajar pada kolokium kali ini. Pautan sesi kolokium: https://shorturl.at/doMNX

Bengkel Systematic Literature Review

Bengkel Systematic Literature Review Unit 4P META telah mengadakan satu bengkel Systematic Literature Review (SLR) pada 29 November 2023.Bengkel ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah META, beberapa orang pelajar PhD dan master META serta pensyarah-pensyarah daripada beberapa fakulti yang lain. Jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan Ts. Dr. Wan Azani Wan Mustafa atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Syabas dan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Suzani Mohamad Samuri (TDPI META), Dr. Noor Hidayah Che Lah (AJK Unit 4P META) dan Cik Nur Zuhairah Chamal Hamid (AJK Unit 4P META) kerana telah berjaya mengendalikan bengkel ini.

bengkel TIPS & TRICKS FOR WINNING FRGS 2024

BENGKEL TIPS & TRICKS FOR WINNING FRGS 2024 BERSAMA IKON FRGS META Telah berlangsung bengkel TIPS & TRICKS FOR WINNING FRGS 2024 BERSAMA IKON FRGS META pada 27 November 2023. Program anjuran Unit 4P META ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah META. Semoga bengkel ini dapat mencetuskan idea-idea yang bernas untuk pensyarah-pensyarah memohon FRGS 2024. Terima kasih diucapkan kepada IKON FRGS META, Prof Madya Dr. Maizatul Hayati Binti Mohamad Yatim, atas tunjuk ajar yang diberikan. #Unit4PMETA#METAVengers#upsibest

Tahniah Dr Noor Hidayah Binti Che Lah

Tahniah! Syabas dan Tahniah kepada Dr Noor Hidayah Binti Che Lah (ketua penyelidik) atas kejayaan merangkul pingat perak dan special award di pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE2023) yang telah berlangsung pada 18-20 Oktober 2023 secara virtual event. Tahniah juga kepada ahli penyelidik bersama iaitu Izzah Mardhiah Binti Ismail (Pelajar FYP META), Muhammad Hamirul Hamizan bin Roslan (Pelajar PhD META),Irdina Farzana binti Ahmad Shazli (Pelajar Master META) Muhammad Nadzmi bin Abdullah Sani (pelajar master FSKIK), Dr Laili Farhana Binti Ibharim dan Ts. Dr. Wong Yoke Seng di atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini dapat memangkin semangat dan menggalakkan lagi penyertaan dalam…
Read more

Web Tools 2.0 (Canva & Figma) Training

Web Tools 2.0 (Canva & Figma) Training This is a joint community services collaboration between Faculty of Information Technology, Universitas Mercu Buana Yogyakarta (UMBY), Indonesia and Faculty of Computing and Meta-Technology, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia.      Date: 21st October 2023 (Saturday)     Time: 9:00am – 4:00pm     Location: Online (Zoom) Speaker from META UPSI:Dr. Norshahila Ibrahim Speaker from FIT UMBY:Niki Min Hidayati Committee from UPSI:Dr. Norshahila IbrahimDr. Erni Marlina Saari

Bengkel Robotik

Bengkel Robotik Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) dengan kerjasama World of Robotics Sdn Bhd telah menganjurkan bengkel robotik untuk guru-guru reka bentuk dan teknologi (RBT) sekolah menengah pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Makmal Robotik, Bangunan Ilmu Bersepadu, UPSI. Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih daripada 40 orang guru RBT sekolah menengah yang kebanyakkannya dari Daerah Muallim dan Hulu Selangor. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan teknologi robotik untuk tujuan pendidikan terutamanya pendidikan STEM di mana peserta didedahkan dengan asas pemasangan dan pengaturcaraan robotik secara praktikal.