Author Archive: admin

TAHNIAH ALAN TAN KHEE SHENG

TAHNIAH MEMENANGI TEMPAT KE-7 DALAM PERTANDINGAN CERTIPORT’S ADOBE CERTIFIED PROFESSIONAL WORLD CHAMPIONSHIP 2024 Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada ALAN TAN KHEE SHENG, ISM Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dengan Kepujian – AC10, kerana telah berjaya mendapatkan tempat ke-7 dalam pertandingan “CERTIPORT’S ADOBE CERTIFIED PROFESSIONAL WORLD CHAMPIONSHIP 2024” yang bertempat di Anaheim, California, USA pada 28 Julai sehingga 30 Julai 2024. Syabas dan Tahniah diucapkan Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada banyak lagi pencapaian dan menjadi sumber inspirasi kepada semua pelajar.

Tahniah team EDU-GREEN@UPSI

Tahniah Team EDU-GREEN@UPSI Syabas & Tahniah buat team EDU-GREEN@UPSI, atas kejayaan penerbitan buku ilmiah yang ke 2. BUKU PENDIDIKAN DIGITAL KUASA HIJAU 2024 Berteraskan DSKP adalah hasil kolaborasi bersama WWF-Malaysia dan PPD Bagan Datuk Perak. Terima kasih atas sokongan Dekan, Pengurusan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang usaha penulisan & penerbitan buku ilmiah ini dijalankan.

Majlis Pelantikan Profesor

MAJLIS PELANTIKAN PROFESOR Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dengan kerjasama Fakulti Sains dan Matematik akan mengadakan Majlis Pelantikan Profesor seperti butiran berikut : Tarikh : 21 Jun 2024 ( Jumaat ) Masa : 2.45 petang Tempat : Auditorium Utama , Kampus Sultan Abdul Jalil Shah , Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sehubungan ini, YBrs Prof./Dr./ tuan/puan DIWAJIBKAN HADIR ke majlis tersebut. Sebarang ketidakhadiran perlu dihantar secara bertulis untuk perhatian Dekan FKMT. Perhatian dan sokongan pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. b.p Dekan FKMT

INTERNSHIP PREPARATION WORKSHOP

INTERNSHIP PREPARATION WORKSHOP Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Young Employable Students (YES) dan Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan INTERNSHIP PREPARATION WORKSHOP pada ketetapan seperti berikut: Sesi 1: bersama pelajar📅Tarikh: 25 Jun 2024 📅Hari: Selasa⏰Masa: 8:30 malam – 10:30 malam📍Tempat: Dewan Kuliah Pusat 3, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Sesi 2: bersama pelajar📅Tarikh: 26 Jun 2024 📅Hari: Rabu⏰Masa: 8:30 pagi – 1:00 petang📍Tempat: Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI 📍 Yuran percuma. 📍 Terbuka kepada semua pelajar.📍 WAJIB kepada semua pelajar yang akan menjalani LI pada…
Read more