Author Archive: admin

SEKITAR BENGKEL ASAS ROBOTIK

BENGKEL ASAS ROBOTIK Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) dan World of Robotics Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan Bengkel Asas Robotik untuk Guru Prasekolah dan Tadika pada 5/8/2023. Bengkel telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Suriani Binti Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor UPSI. Bengkel telah dihadiri oleh hampir 80 orang peserta dari negeri Perak dan juga Selangor.

PERINGATAN MESRA

PERINGATAN MESRA : MINGGU PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR DIPLOMA BAGI SEMESTER 3 SESI 2022/2023 (E222S) Mohon semua pelajar mengambil tindakan segera. Pengesahan pendaftaran kursus E222S akan berakhir pada 2 Julai 2023. Sekian. Terima kasih

Erasmus+ Teaching/Training Mobility Program Sharing Session

FKMT Erasmus+ Teaching/Training Mobility Program Sharing Session Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) UPSI akan mengadakan satu Sesi Perkongsian Erasmus+ Teaching/Training Mobility Program seperti butiran berikut: Tarikh : 4 Julai 2023 (Selasa)Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petangTempat : Dewan Kuliah N, KSAJS (berdekatan Bangunan E-Learning)Penceramah dan Topik:i) Prof Orsolya Endrődy-Nagy (Eötvös Loránd University, Budapest, Hungary)STROLLING the City: A virtual mobility course in Budapest, Madrid, and LarisaNarratives of Childhood – Depictions of Children: How Artificial Intelligence Changes Our Conception of Childhood ii) Mrs Pálma Farkas (Eötvös Loránd University, Budapest, Hungary)Introduction of…
Read more

TAHNIAH Puteri Nur Insyirah

TAHNIAH Puteri Nur Insyirah memperolehi Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan TAHNIAH diucapkan kepada Puteri Nur Insyirah Binti Muhammad Azhar, alumni ISMP Multimedia 2022 kerana memperolehi Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan. Majlis anugerah telah berlangsung pada 20 Jun 2023 (Selasa) di Ballroom Klana Resort, Seremban, Negeri Semmbilan. Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan). Moga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar di META seterusnya. Syabas Puteri!  

WEBINAR “Trend Pembangunan Aplikasi Mudah Alih & Demonstrasi Pembangunan”

WEBINAR “Trend Pembangunan Aplikasi Mudah Alih & Demonstrasi Pembangunan” Assalamualaikum & salam Sejahtera, SIG Sistem Maklumat & Aplikasi Digital FKMT akan menganjurkan webinar bertajuk :“Trend Pembangunan Aplikasi Mudah Alih & Demonstrasi Pembangunan”. Berikut adalah link bagi webinar : http://meet.google.com/uot-qynt-oggLink telegram ini disediakan oleh penceramah untuk berkongsi material, modul & code untuk bengkel ini: https://t.me/mobileapps_META Dijemput semua yang berminat untuk hadir. Semoga bermanfaat. Terima kasih