ALUAN DEKAN

Prof. Madya Dr.- Ing. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim (DEKAN)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selamat datang ke Laman Sesawang Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). FKMT merupakan fakulti ke-10 ditubuhkan di UPSI dengan hasrat memenuhi Dasar Revolusi Perindustrian dalam bidang tujahan pendidikan ke arah Pendigitalan Pendidikan. Laman sesawang ini dibina sebagai tempat rujukan dan perkongsian maklumat dengan masyarakat terutama sekali kepada pelajar dan bakal pelajar. Maklumat berkaitan dengan penawaran program pengajian di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah boleh diperolehi dari laman sesawang ini termasuk maklumat berkaitan dengan staf akademik, staf pengurusan, staf pentadbiran dan staf sokongan. Sudilah meneroka lebih lanjut di laman sesawang kami dan moga kita bertemu di bumi Muallim.