
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Promosi & Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) akan mengadakan taklimat bagi membimbing pelajar lepasan Diploma (calonfeeder) Universiti Pendidikan Sultan Idris membuat permohonan kemasukan ke peringkat Sarjana Muda melalui sistem UPU Online. Sesi taklimat ini bakal dilaksanakan pada 25 – 28 Februari 2025 (Selasa – Jumaat) secara dalam talian.
- Sehubungan itu, pihak BHEA berbesar hati sekiranya pihak YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dapat membantu dengan menyebarkan poster dan jadual taklimat ini kepada pelajar Diploma semester akhir yang berminat dan sedang merancang menyambung pengajian. Bersama ini dilampirkan poster dan berikut adalah jadual sesi taklimat tersebut untuk makluman selanjutnya.
FAKULTI | TARIKH | MASA | PAUTAN GOOGLE MEET |
Fakulti Pembangunan Manusia | 25 Februari 2025 (Selasa) | 9.00 – 11.00 pagi | |
Fakulti Sains dan Matematik | 2.30 – 4.30 petang | ||
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi | 26 Februari 2025 (Rabu) | 9.00 – 11.00 pagi | |
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan | 2.30 – 4.30 petang | ||
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan | 27 Februari 2025 (Khamis) | 9.00 – 11.00 pagi | |
Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi | 2.30 – 4.30 petang | ||
Fakulti Bahasa dan Komunikasi | 28 Februari 2025 (Jumaat) | 9.00 – 11.00 pagi |
- Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan urus setia Pn. Siti Shahzana binti Saruan di talian 05-4507038 atau Pn. Mai Norshida binti Ahmad Hezazi di talian 05-4507047.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dalam menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.