PROGRAM SULAM KHIDMAT PENYELENGGARAAN LAPTOP SECARA PERCUMA KEPADA WARGA UPSI

Upsi ,Tanjung Malim : Seramai 19 orang pelajar kumpulan A kursus Organisasi dan Seni Bina Komputer, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta 3 orang (Penasihat Teknikal dari Pusat ICT & Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi) yang telah membantu dalam menjayakan Program Khidmat Penyelenggaraan Komputer Riba iaitu, Encik Abdul Aziz bin Mohd Rashid, Puan Zaihasra Che Ros dan Puan Nurul Amalni binti Abdul Wahab pada 31 januari 2024. Program ini dilaksanakan di dalam Karnival Hari Bertemu Pelanggan JHEPA dan Karnival Badan Pelajar yang bertempat di Dataran Cemerlang Bersama (booth PKP: 03A) UPSI. Program
Khidmat Penyelenggaraan Laptop ini merupakan aktiviti Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) bagi kursus Organisasi dan Seni Bina Komputer (DTN3013) dengan kerjasama Persatuan Kejuteraan Perisian serta Kelab Sahabat Ulul Albab Upsi.

Antara servis yang disediakan oleh pelajar kursus DTN3013 yang diketuai oleh Muhammad Fakhrulhadi di bawah bimbingan Encik Ahmad Nurzid Bin Rosli adalah pembersihan habuk, komponen/compartment serta penambahan pes haba kepada komputer riba pelajar yang memerlukannya. Servis yang ditawarkan adalah 100% percuma kepada semua warga upsi yang disayangi. Servis yang dijalankan ini juga dibuat dengan surat akuan untuk para pelajar mempercayai dan memberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk diselenggara dan dibersihkan.

Servis pembersihan habuk ini dilakukan dengan melakukan pembersihan menyeluruh terhadap komputer riba yang dihantar untuk memastikan kipas, saluran hawa dan komponen lain bebas daripada habuk. Hal ini dapat mengurangkan risiko kerosakan serta dapat meningkatkan prestasi keseluruhan komputer riba. Manakala servis penambahan pes haba pula adalah servis yang akan diperiksa dan akan ditambah kepada komputer riba yang memerlukan agar dapat beroperasi pada suhu yang baik dan mencapai tahap yang optimum. Suhu yang stabil adalah penting bagi mengelakkan pemanasan yang berlebihan yang boleh
merosakkan komponen komputer riba.

Program ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar dengan mengumpulkan 41 peserta yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyelenggaraan ini. “Menerusi program ini , kemahiran penyelenggaraan komputer yang dipelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan ke persekitaran sebenar sekaligus dapat membina pengalaman yang baru kepada pelajar agar lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan nanti ”jelas salah seorang pelajar yang mengendalikan program ini.

Program ini juga telah mendapat maklumbalas yang baik apabila dicadangkan supaya membangunkan tempat khas untuk diadakan program seperti ini di mana-mana tempat yang bersesuaian bagi memudahkan pelajar untuk membuat servis komputer riba di dalam KawasanUniversiti Pendidikan Sultan Idris ini. Hal ini kerana, pada waktu ini, di Kampus Sultan Azlan Shah ini, belum ada tempat yang dibangunkan untuk membuat servis penyelenggaraan komputer riba untuk para pelajar.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin serta Ts.Dr.Nazre bin Abdul Rashid Timbalan Dekan ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Komputeraan Dan Meta-Teknologi.

Kesimpulannya, Khidmat Penyelenggaraan Komputer Riba secara percuma ini tidak hanya membantu dalam meningkatkan prestasi dan jangka hayat komputer pelajar, malah melalui insiatif khidmat ini, ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai dan mampu membuka mata para pelajar tentang kepentingan penyelenggaraan komputer secara berkala dan penjagaan komputer untuk memudahkan segala urusan pekerjaan yang akan dilaksanakan dengan komputer riba.