PERINGATAN MESRA : MAKLUMAN MINGGU PRA-PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR DIPLOMA BAGI SEMESTER 1 SESI 2025/2026 (E251)

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Pra-Pendaftaran Kursus bagi Semester 1 Sesi 2025/2026 (E251) sedang berlangsung dan akan berakhir pada 15 JUN 2025 untuk pelajar-pelajar yang berada pada semester pengajian 1 Hingga 8.

 

3. Sehubungan dengan itu mohon pelajar mengambil tindakan segera kerana kegagalan membuat pra-pendaftaran kursus pada tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan pelajar didenda mengikut Kaedah Universiti Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik Pindaan 2025)

Sekian, terima kasih.