MAJLIS PELANTIKAN PROFESOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dengan kerjasama Fakulti Sains dan Matematik akan mengadakan Majlis Pelantikan Profesor seperti butiran berikut :

Tarikh : 21 Jun 2024 ( Jumaat )
Masa : 2.45 petang
Tempat : Auditorium Utama , Kampus Sultan Abdul Jalil Shah , Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sehubungan ini, YBrs Prof./Dr./ tuan/puan DIWAJIBKAN HADIR ke majlis tersebut. Sebarang ketidakhadiran perlu dihantar secara bertulis untuk perhatian Dekan FKMT.

Perhatian dan sokongan pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

b.p Dekan FKMT