KERJASAMA STRATEGIK LAWATAN KE UNIVERSITI FATONI DAN SULAM CoMaSPro’24 DI UNIVERSITI PRINCESS OF NARADHIWAS
28 Januari,Narathiwas – Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan International & Mobility Centre (IMC) telah melaksanakan Program Sulam Go Global: CoMaSPro‘24 pada 28 Januari hingga 31 Januari di univerisiti-universiti di Thailand
Program CoMaSPro’24 ini merupakan sebahagian daripada satu inisiatif Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) melalui program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) iaitu transformatif dan fleksibel yang merujuk kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menambah pengalaman dalam memberi pengajaran asas komputer melalui pengalaman lapangan di universiti luar.
Menurut Pensyarah Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Ts. Salman Firdaus Sidek, CoMaSPro’24 merupakan tugasan khusus dalam bentuk pengajaran mengenai fungsi dan pemasangan komponen-komponen komputer serta penggunaan sistem nombor dalam memecahkan kod.
Antara aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan oleh CoMasPro’24 seperti pembelajaran mengenai pengenalan dan fungsi bagi setiap komponen-komponen komputer kepada pelajar di Universiti Princess Of Naradhiwas. Mereka diajarkan pemasangan komponen-komponen komputer dengan betul. Aktiviti seperti permainan memecahkan kod menggunakan sistem nombor juga turut dijalankan untuk memberikan pendedahan tentang kegunaan sistem nombor dalam kehidupan sebenar. Sebelum program SULAM dijalankan, CoMasPro’24 telah melakukan lawatan selama dua hari ke Universiti Fatoni dengan tujuan untuk mengekalkan semangat kerjasama antara Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Fatoni.
“Seramai 30 orang mahasiswa serta beberapa kakitangan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi termasuk dua buah univerisiti di Thailand yang bekerjasama dalam menjayakan program ini antaranya Universiti Princess of Naradhiwas dan Universiti Fatoni ”, jelasnya.
“Menerusi program ini, kemahiran pengajaran dapat ditambahbaik dalam membantu pelajar untuk lebih memahami bagaimana komponen-komponen komputer berfungsi dan bagaimana asas nombor dapat digunakan memecahkan kod serta dapat menambah pengalaman mereka dalam menghadapi alam pekerjaan kelak sekaligus memberikan mereka peluang merasai menjadi seorang guru dalam mengajar pelajar universiti yang lain”, jelasnya lanjut.